Polis Mexico jumpa terowong dadah

MEXICO CITY, 2008 – Polis negeri Baja California di utara Mexico menemui sebuah terowong di bawah sempadan antara Mexico dan Amerika Syarikat yang digunakan oleh penyeludup untuk memperkenalkan dadah kepada pengguna AS, kata pihak berkuasa.

Terowong setinggi 1.5 meter itu, mempunyai lampu dan sistem pengalihan udara, sebuah tangga bergerak dan berhawa dingin, kata pengarah Juan Miguel Guillen Gutierrez.

Pintu masuk ke terowong itu terletak kira-kira 60 meter dari garisan sempadan dan menurun sedalam enam meter. Struktur terowong ialah sepanjang 120 meter.

Polis pergi ke tempat itu selepas mereka mendapat maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan mereka telah memberkas lapan suspek, dipercayai mempunyai hubungan dengan perdagangan dadah di rumah di mana pintu masuk ke terowong dari Mexico itu ditemui.