Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Miri tahan dua lelaki tanam 143 pokok ganja

    KUCHING, 15 SEPT – Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta di sebuah rumah di Jalan Piasau, Miri, Jumaat lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata kedua-duanya yang berusia 41 dan 61 tahun menanam benih pokok ganja di kawasan sebuah kediaman secara sulit, dengan benih berkenaan dipercayai dibeli secara dalam talian yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.

    “Sepeket benih ganja dibeli dianggarkan bernilai AS$100.

    “Ganja yang dihasilkan kemudian dijual di sekitar Miri pada harga RM100 untuk 100 gram,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini.

    Beliau berkata keseluruhan dadah dirampas boleh digunakan sebanyak 32,084 penagih sekitar Miri.

    Turut disita katanya, sebuah kereta bernilai RM20,000 dan sebuah motosikal bernilai RM4,500. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda