BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.
Pekerja warga asing yang merupakan seorang perempuan warga Indonesia bernama Novia Aster Johan, 24, memegang pasport bernombor IDN-B4851275, yang mana alamat terakhir beliau ialah A5 Tingkat 2 Bangunan CHIN KlAN Kampung Gadong.
Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan mengenainya telah dibuat di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei Muara.

Jika sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi ke Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan melalui talian telefon 2242334 I 2242336 /2224563 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.