Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Moscow tahan pembantah

    MOSCOW, 2 April – Polis di Moscow telah menahan kira-kira dua dozen orang pada perhimpunan yang tidak dibenarkan di ibu negara, seminggu selepas protes anti-kerajaan berlaku di seluruh Rusia.

    Polis mula berkawal di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di pusat Moscow pada hari Ahad. Akses pejalan kaki ke Red Square hanya melalui pengesan logam dan polis menyekat kawasan Pushkin Square, yang merupakan kawasan yang sering diadakan perhimpunan.

    Kira-kira 20 orang telah ditangkap ketika cuba untuk menjalankan perarakan di Triumphalnaya Square, yang bersebelahan dengan jalan utama, dan tujuh yang lain ditahan di Manezhnaya Square, yang bersebelahan dengan Kremlin, menurut perangkaan polis yang dilaporkan oleh agensi berita Tass. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda