YANGON, 1 DIS – Polis Myanmar telah merampas 26.35kg dadah dan 480,000 pil perangsang di negeri Shan timur, lapor akhbar harian negara, The Mirror, hari ini.
Bertindak berdasarkan maklumat awam, pasukan bersama anti-narkotik telah memeriksa dua buah kenderaan di pekan Yatsauk, negeri Shan pada 24 November lalu, merampas dadah daripada kenderaan tersebut dan menahan tiga suspek, menurut laporan itu.
Empat lagi suspek ditahan di pekan Pyigyidagun, Mandalay, pada keesokan harinya atas penglibatan mereka dalam sindiket penyeludupan dadah, tambah laporan tersebut.
Jumlah nilai dadah yang dirampas itu dianggarkan melebihi 635 juta kyat (kira-kira AS$302,000), menurut laporan tersebut.
Suspek-suspek itu telah didakwa mengikut undang-undang negara, dengan siasatan susulan sedang dijalankan untuk mengesan hubungan lebih lanjut berkaitan dengan operasi penyeludupan dadah itu, kata laporan tersebut. – Xinhua