YANGON, 26 OKT – Polis Myanmar telah merampas dadah narkotik bernilai lebih AS$381 juta sehingga 23 Oktober, menurut mesyuarat Jawatankuasa Pusat bagi Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC).
Mesyuarat pertama CCDAC untuk 2023 telah diadakan di Nay Pyi Taw kelmarin dan dihadiri oleh Pengerusi CCDAC dan Menteri Kesatuan Hal Ehwal Dalam Negeri, Lt-Gen Yar Pyae, akhbar harian kerajaan The Mirror melaporkan kelmarin.
Semasa mesyuarat itu, menteri kesatuan itu berkata bahawa peralihan dadah berkaitan dengan penyeludupan senjata, keganasan, pengubahan wang haram dan jenayah transnasional, yang menjejaskan kestabilan serantau, menurut laporan berita itu.
Tambahnya, Myanmar menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai negara atau
pertubuhan untuk menjalankan aktiviti anti-narkotik. Dadah yang dirampas termasuk candu, heroin, tablet perangsang, methamphetamine, Ketamin, pil ekstasi dan Happy Water, menurut laporan media itu. – Xinhua


