Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Myanmar rampas dadah, lima ditahan

    YANGON, 20 OKT – Pihak berkuasa Myanmar berjaya merampas 38.82 kilogram (kg) Happy Water, 5,000 pil ekstasi dan 2,200 tablet kafeina di wilayah Yangon dan negeri Shan, kata Jawatankuasa Pusat bagi Pengawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) pada lewat kelmarin.

    Polis pencegahan narkotik negara itu telah menahan lima suspek berhubung dengan kes tersebut, menurut CCDAC.

    Bertindak selepas menerima risikan, pihak telah merampas 38.82kg Happy Water dan 2,200 tablet kafeina di bandar Mingala Taungnyunt, Bahan dan Yankin di wilayah Yangon pada 14 Oktober lalu dan menahan tiga orang suspek, menurut kenyataan.

    Selai itu, pihak polis turut merampas 5,000 pil perangsang di bandar Tachileik di negeri Shan pada malam 14 Oktober, menahan dua suspek, menurut CCDAC.

    Rampasan tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AS$645,619, tambah kenyataan.

    Suspek didakwa di bawah Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik negara, katanya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...