Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis New Zealand temui bungkusan mencurigakan

    WELLINGTON, 30 April – Polis New Zealand menemui satu bungkusan disyaki  mengandungi bahan letupan dan peluru di sebuah rumah tidak beralamat di Newcastle Street, Christchurch, lapor agensi berita Xinhua.

    Seorang lelaki berumur 33 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung penemuan itu.

    Susulan itu, kawasan di sekitar Jalan Newcastle, Glasgow dan Harrow telah dikepung sebagai langkah berjaga-jaga.

    Anggota pasukan pemusnah bom turut ditempatkan di kawasan terbabit dan zon larangan terbang dikuatkuasakan.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda