NEW YORK, 30 JAN – Detektif di New York mengeluarkan siaran video, kelmarin, mengenai kumpulan yang disyaki mencuri kereta api bawah tanah dan mengendalikannya dengan pantas.
Rakaman hitam-putih video berkenaan menunjukkan beberapa remaja berjalan melalui kereta api metro yang kosong dan sedang berhenti.
Polis berkata, enam suspek berjaya menaiki dan mengendalikan kereta api yang diletakkan di bahagian tepi di Queens, kemudian masuk ke dalam ruang pemandu dan memandunya dalam jarak yang dekat.
Mereka dilaporkan telah menyiarkan video jenayah mereka di media sosial.
Kejadian curi itu telah diketahui Sabtu lalu akan tetapi tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku, kata polis sambil menggelarnya sebagai ‘sesuatu yang berbahaya.’
“Transit Bandar Raya New York sedang bekerjasama dengan Pejabat Polis New York (NYPD) dalam penyiasatan mereka mengenai kejadian ini,” kata jurucakap pihak berkuasa transit, Eugene Resnick.
Kecurian itu menyebabkan ketua-ketua polis berasa berang dan berhasrat untuk menempatkan pegawai-pegawainya bagi membuat rondaan di setiap perkhidmatan kereta api yang beroperasi lewat malam bagi mengurangkan jenayah. – AFP