Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Pakistan tahan penyokong pro-Palestin

    MUZAFFARABAD, PAKISTAN, 31 MAC – Lebih 50 lelaki telah ditahan di Pakistan selepas sekumpulan orang melaungkan slogan anti-Israel dan membakar sebuah restoran milik rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS), KFC, kata polis kelmarin.

    Insiden itu berlaku pada petang Jumaat di bandar timur laut Mirpur, di wilayah Kashmir yang dikuasai oleh Pakistan, selepas penunjuk perasaan berkumpul di jalan utama bandar itu selepas solat sunat tarawih.

    Video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki melaungkan slogan anti-Israel, membawa sepanduk bertulis Bebaskan Palestin.

    Hampir 400 penunjuk perasaan berkumpul pada kemuncak demonstrasi dan pertempuran tercetus dengan polis, kata ketua polis Mirpur, Kamran Mughal kepada AFP.

    “Kami telah memberitahu mereka bahawa mereka hanya boleh mengadakan bantahan di kawasan tertentu. Namun, apabila bilangan mereka mula bertambah, mereka bergerak ke arah KFC,” kata penguasa polis Mughal.

    Video lain dari dalam restoran menunjukkan tingkap yang pecah serta perabot dan peralatan yang rosak.

    Kumpulan tersebut membakar bangunan itu, tetapi ia tidak terbakar sepenuhnya.

    Sembilan pegawai polis cedera akibat batu yang dibaling oleh penunjuk perasaan dan lebih 50 lelaki ditahan, kata Mughal. – AFP

    Pandangan umum menunjukkan restoran KFC yang rosak akibat demonstrasi di bandar timur laut Mirpur, Pakistan baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda