Wednesday, June 7, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    Polis Pakistan tangkap lebih ramai penyokong Imran Khan

    ISLAMABAD, 20 MAC – Polis Pakistan hari ini menahan lebih ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan kerana menyerang pegawai pada hujung minggu di luar mahka-mah Islamabad di mana bekas perdana menteri itu akan hadir atas tuduhan rasuah, kata pegawai.

    Penangkapan itu adalah yang terbaharu di tengah-tengah kes undang-undang yang dihadapi Khan, kini ketua pembangkang, sejak penyingkirannya dalam undi tidak percaya di Parlimen April lalu. Perselisihan antara bekas pemain kriket berusia 70 tahun yang kini menjadi ahli politik Islam, dan kerajaan penggantinya, Perdana Menteri, Shahbaz Sharif, telah bertukar menjadi semakin ganas.

    Penangkapan hari ini menjadikan jumlah pengikut Khan yang ditahan di Islamabad kepada 198 sejak Sabtu, apabila 59 orang ditangkap di ibu negara Pakistan.

    Pengikut Khan melemparkan bom api dan membaling batu ke arah pegawai ketika polis rusuhan menggunakan belantan dan melepaskan gas pemedih mata. Lebih 50 pegawai cedera dan pusat pemeriksaan polis, beberapa kereta dan motosikal dibakar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -