Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Polis Paris lepas tembakan, dua maut

    PARIS, 25 APRIL – Polis Paris melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang meluru ke arah mereka dan mengakibatkan dua individu di dalam kenderaan itu maut.

    Menurut sumber polis, insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron menang pemilihan presiden bagi penggal keduanya.

    Kenderaan itu melalui jambatan tertua di Paris, Pont Neuf dalam kejadian tengah malam dan enggan berhenti ketika menghampiri pusat pemeriksaan polis.

    Sumber itu berkata anggota polis yang bertugas terpaksa melepaskan tembakan apabila kenderaan itu terus memecut.

    Katanya, dua daripada penumpang dalam kenderaan itu terbunuh sementara seorang lagi cedera.

    Situasi itu memaksa ramai anggota polis tiba di lokasi kejadian di tengah-tengah ibu negara, dengan kain putih juga kelihatan menutupi mayat, sementara sebuah kenderaan jenis Volkswagen dipandu suspek dilihat berada di tengah lalu lintas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...