Tuesday, March 4, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis, penyiasat seni berjaya selesaikan kes kecurian lukisan Brueghel pada 1974

    THE HAGUE, 3 MAC – Dengan bantuan seorang penyiasat seni terkenal dan wartawan majalah seni, polis Belanda berkata mereka telah menyelesaikan kes kehilangan misteri lukisan Brueghel dari muzium di Poland 50 tahun yang lalu.

    Woman Carrying the Embers, atau dikenali sebagai Woman Moving A Bonfire, yang dilukis oleh Pieter Brueghel the Younger sekitar tahun 1626, hilang dari Muzium Nasional di Gdansk semasa zaman komunis sekitar tahun 1974.

    Ke mana lukisan itu hilang menimbulkan pelbagai khabar angin – termasuk dakwaan penglibatan oleh perkhidmatan rahsia Poland pada masa itu, dalam cerita yang seakan-akan sebuah novel pengintip. Lukisan bulat tersebut, dengan ukuran hanya 17 sentimeter, disangka telah hilang selama-lamanya.

    Namun, lukisan yang dicuri itu kini di kunci dan di bawah pengawasan sebuah muzium di wilayah Limburg, Belanda, menurut Richard Bronswijk daripada unit jenayah seni polis Belanda.

    “Kami 100 peratus pasti bahawa ini adalah lukisan yang hilang dari Muzium Nasional di Gdansk pada tahun 1974,” kata Bronswijk kepada AFP.

    Arthur Brand, seorang penyiasat seni terkenal dari Belanda, berkata kecurigaan mula timbul apabila wartawan dari majalah seni terkemuka Belanda, Vind, melihat lukisan tersebut di sebuah pameran Belanda tahun lalu.

    Lukisan itu digambarkan sebagai tidak kelihatan selama 40 tahun dan dipinjamkan ke Muzium Gouda dari koleksi peribadi. – AFP

    Gambar yang diterbitkan oleh Muzium Gouda menunjukkan lukisan Woman Carrying Embers, juga dikenali sebagai Woman Moving A Bonfire, oleh Flemish-Dutch Pieter Brueghel the Younger circa 1626 di Gouda. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda