Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Perak laksana simulasi bencana 30 Oktober ini

    IPOH, 21 OKT – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak akan mengadakan latihan simulasi pengurusan bencana di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Meru, pada 30 Oktober, bermula 8 pagi hingga 5 petang.

    Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata latihan itu melibatkan 12 agensi kerajaan dan bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan, koordinasi serta kerjasama semua agensi keselamatan dan penyelamat dalam operasi menyelamat mangsa bencana secara bersepadu.

    “Sepanjang latihan dijalankan, akan terdapat pergerakan kekuatan anggota dan aset pelbagai agensi kerajaan di kawasan sekitar lokasi latihan.

    “Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, kawasan latihan akan ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh latihan berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan memberi kerjasama sepenuhnya.

    Kawasan latihan akan ditutup sepanjang latihan dan sebarang pergerakan anggota serta aset adalah sebahagian daripada simulasi semata-mata. – Bernama

    Anggota bomba dan petugas kesihatan menjalani simulasi pengurusan bencana peringkat negeri melibatkan insiden sebuah helikopter terhempas di sebuah klinik, pada 27 Oktober 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda