Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Polis Perancis cedera dilanggar penipu British

    GUERET, FRANCE, 26 OGOS – Seorang penipu warganegara British terkenal yang menjadi subjek dokumentari Netflix baru-baru ini, sedang diburu oleh polis Perancis kerana mencederakan dua pegawai ketika melarikan diri semasa pemeriksaan, kata pegawai tempatan hari ini.

    Martine Laporte, datuk bandar Vidaillat di wilayah Creuse, memberitahu AFP bahawa Robert Hendy-Freegard telah tinggal di kampung itu sejak 2015.

    Pemeriksaan buruh yang dibantu oleh pegawai polis pada hari ini di rumah anjing miliknya di mana dia membela anjing bersama rakan kongsinya.

    “Ketika polis mengeluarkan arahan agar salah seorang rakan kongsi untuk ikut mereka ke balai terdekat, individu tersebut telah menghidupkan enjin kereta sebelum melanggar dua pegawai dan kemudian melarikan diri,” kata kenyataan polis di wilayah Creuse.

    Salah seorang pegawai dimasukkan ke hospital dengan kesan luka di hidungnya, kata polis, sambil menambah suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Audi A3. Hendy-Freegard, seorang bekas jurujual berusia 51 tahun, telah digelar ‘The Puppet Master’ kerana keupayaannya mengawal mangsa penipuannya.

    Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah London pada 2005 kerana menipu, mencuri dan menculik dalam perbicaraan yang dihadiri oleh tujuh mangsa yang wangnya telah gunakan oleh Hendy-Freegard untuk membeli kereta mewah, makanan mahal dan hotel percutian lima bintang.

    Tetapi tuduhan penculikan kemudiannya telah dibatalkan atas rayuan dan dia dibebaskan dari penjara pada tahun 2009.

    Dia menjadi subjek penerbitan dokumentari Netflix “The Puppet Master: Hunting the Ultimate Conman” awal tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...