Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Perancis kerah dron buat pemantauan

    PARIS – Dengan berjuta-juta penduduk Perancis di seluruh negara di bawah perintah berkurung semasa pandemik COVID-19, pihak polis bergelut untuk memastikan orang ramai tinggal di dalam rumah, terutama dengan musim bunga yang akan tiba.

    Pihak berkuasa telah menggunakan dron untuk membuat rondaan di jalan-jalan raya, taman-taman dan tepi sungai, dan pihak pengilang gembira dengan permintaan tersebut.

    Pihak berkuasa ada kalanya bergelut untuk meyakinkan orang ramai untuk mengekang naluri mereka dan mengurangkan masa berada di luar, terutama ketika cuaca cerah.

    Arahan ‘tinggal di rumah, anda tidak boleh berada di kawasan ini,’ dilaungkan dari udara. Dalam bulan Februari, sebuah video yang tersebar di media sosial memaparkan seorang wanita China telah ditegur oleh sebuah dron.

    “Ya nenek, saya dron yang bercakap kepada anda, anda tidak sepatutnya keluar tanpa memakai sebarang penutup muka. Anda lebih baik pulang ke rumah, dan jangan lupa cuci tangan anda,” seorang anggota polis yang mengawal peralatan tersebut memberitahunya.

    Polis Eropah telah menggunapakai idea itu dan mahu menggunakannya untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan polis dalam sekatan di Belgium, Perancis dan Sepanyol.

    Sebuah dron polis kelihatan diterbangkan di pasar Capucins, Marseille, Perancis yang ditutup kepada awam dalam perintah berkurung bagi mengelak penularan COVID-19. – AFP

    Teknik tersebut dibuat di luar kawasan bandar, di mana orang ramai merasa mereka mempunyai risiko yang rendah terserempak dengan seseorang yang membawa COVID-19.

    “Mesej dari dron menarik perhatian anda dan mengelakkan berjumpa dengan pihak polis dengan secara bersemuka,” menurut Stephane Morelli, pengasas bersama Azur Drones yang membangunkan sistem ‘quasi-automous’ operasi pemantauan di udara.

    Dia memberitahu AFP bahawa China telah menguji peralatan dron dengan sensor inframerah yang mengambil suhu badan manusia di jalan-jalan dan di beranda.

    Dengan jalan-jalan yang hampir kosong dan dengan pesawat komersial atau tentera tidak berlegar di udara, penggunaan dron adalah paling ideal, katanya.

    “Saya lihat ia adalah satu cara untuk meningkatkan kesedaran, kemudian cara untuk mengawal,” kata Bastien Laurent, ketua ke-satuan operasi profesional dron awam kebangsaan.

    Tidak seperti China, Perancis tidak membenarkan dron digunakan mengecam muka, meskipun ia mampu melakukan perkara sama dari jarak beberapa ratus meter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda