PARIS, 31 OKT – Seorang wanita yang tidak bersenjata telah ditembak dan cedera parah oleh polis Perancis hari ini di stesen kereta api Paris pada waktu pagi. Kejadian itu telah diumumkan oleh pihak polis dan pendakwa kepada AFP.
Menurut saksi, wanita tersebut yang bertudung sepenuhnya, telah melaungkan ‘Allahu akbar’ (Allah Maha Besar) dan ‘membuat ancaman’, kata sumber polis, tambahnya ‘polis menembak kerana mereka bimbang akan keselamatan diri mereka sendiri’.
Selepas penumpang kereta api bawah tanah memaklumkan kepada polis, mereka berjaya mengasingkan wanita tersebut di stesen Bibliotheque Francois Mitterrand di tepi selatan ibu negara, dan stesen tersebut telah dikosongkan.
Dia ‘enggan mengikut arahan polis’ dan mengancam ‘untuk meletupkan dirinya’, kata pejabat pendakwa raya Paris.
Seorang pegawai polis kemudian melepaskan satu das tembakan, menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa pada perutnya, katanya.
Tiada bahan letupan atau senjata lain ditemui pada wanita itu, kata sumber polis.
Polis telah melancarkan dua siasatan, kata pendakwa raya. Satu akan menyiasat tindakan wanita itu, manakala satu lagi adalah untuk menjelaskan sama ada polis menggunakan senjata api adalah wajar.
Perancis telah berada di bawah status ‘amaran serangan’ sejak kejadian pada 13 Oktober, di mana seorang guru di Arras, bandar di bahagian utara Perancis, diserang dengan pisau dan dibunuh oleh bekas pelajar yang memeluk agama Islam.
Di Perancis, ramai populasi Islam dan Yahudi yang besar, takut akibat daripada serangan 7 Oktober oleh Hamas ke atas Israel dan tindakan balas Israel di Gaza.
Amaran bom telah membawa kepada pemindahan berpuluh-puluh lapangan terbang, stesen kereta api dan tapak pelancong dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP