Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis, perusuh bertempur selepas kematian remaja

    LONDON, 23 MEI – Sekurang-kurang 12 anggota polis cedera ketika pertempuran dengan perusuh di sebuah daerah di ibu negara Wales, Cardiff selepas dua remaja maut dalam kemalangan, kata polis.

    Dua kereta dibakar dan berpuluh-puluh remaja dengan ada di antaranya menutup muka dengan topeng membaling batu dan bunga api ke arah anggota polis yang dilengkapi perisai di kawasan Ely di bandar itu, menurut imej YouTube yang disiarkan secara langsung.

    Pegawai penguat kuasa menunggang kuda turut dikerahkan di luar balai polis tempatan pada awal hari ini.

    Pesuruhjaya Polis dan Jenayah South Wales, Alun Michael berkata rusuhan itu berlaku susulan khabar angin bahawa dua remaja maut dalam kemalangan ketika dikejar polis.

    “Pemahaman saya ialah terdapat kemalangan jalan raya yang membabitkan dua remaja menaiki basikal off road atau skuter. Dan malangnya, mereka meninggal dunia,” kata Michael kepada radio BBC.

    “Nampaknya terdapat khabar angin, dan khabar angin itu tular, mengenai polis mengejar remaja berkenaan yang tidak berlaku,” katanya.

    Polis South Wales menambah bahawa kemalangan maut itu ‘sudah berlaku apabila pegawai tiba’. – AFP

    Sebuah kereta terbakar di Jalan Highmead di Cardiff selepas kemalangan jalan raya di Jalan Snowden di Cardiff kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda