Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Polis rampas 15 tan hasyis, 49 diberkas

    MADRID, 23 SEPT – Pengawal Awam Sepanyol hari ini merampas 15.4 tan hasyis dari Maghribi dan menahan 49 orang ketika mereka menumpaskan kumpulan penyeludupan dadah utama.

    Kumpulan itu dipercayai yang terbesar beroperasi di Sepanyol, kebiasaannya membawa sehingga 19.7 tan hasyis sebulan dari Utara Afrika ke Semenanjung Iberia, menurut kenyataan Pengawal Awam.

    Menurut polis, kumpulan penyeludup itu turut dilengkapi dengan senjata api, kerana musuhnya sering cuba untuk mencuri dadah, yang berlabuh di selatan pantai Sepanyol di Cadiz dan sepanjang Sungai Guadalquivir.

    Operasi tersebut melibatkan kira-kira 400 orang anggota polis dan bermula pada Disember 2021 selepas pihak berkuasa menyedari operasi kumpulan tersebut.

    Pihak polis berkata penyeludup-penyeludup itu sangat terancang, dengan kumpulan dipecahkan kepada bahagian pemunggah, pemandu bot laju, pembekal minyak dan makanan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...