KUCHING, 1 APRIL – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam, kata Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu.
Beliau berkata suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada kira-kira pukul 3.30 petang,
semalam.
“Mahkamah Majistret Miri membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di Kuching hari ini.
Alexson berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama
