Monday, November 11, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas 528kg dadah bernilai RM19 juta di Padang Besar

    KANGAR, 15 JAN – Polis merampas 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM19 juta yang ditemukan di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan di Padang Besar pada 10 Januari lepas, disifatkan sebagai rampasan dadah terbesar di Perlis setakat ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata rampasan itu hasil soal siasat terhadap seorang lelaki berumur 35 tahun yang ditahan pada hari sama.

    Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di lokasi terbabit, pihaknya menemukan 20 guni berjahit yang di dalamnya mengandungi 480 bungkusan plastik teh cina yang diletakkan di dalam troli besi ditutupi ranting dan daun.

    “Hasil serbuan yang dilancarkan ini telah berjaya merampas dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 528kg bernilai RM19 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang turut dihadiri Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda