Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Polis rampas dadah bernilai lebih RM400,000

    KUCHING, 24 JAN – Dua lelaki ditahan bersama dadah pelbagai jenis bernilai RM426,600 dalam dua serbuan berasingan di sekitar Miri, pada 19 dan 21 Januari lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata dalam kes pertama pada 19 Januari, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan merampas dua paket serbuk disyaki campuran ekstasi seberat 54.7 gram.

    Beliau berkata susulan penangkapan itu, polis telah menyerbu sebuah apartmen di Taman Piasau Indah dan menemukan pelbagai jenis dadah seperti serbuk disyaki campuran ekstasi, pil ekstasi dan ketamin.

    “Semua dadah yang dirampas daripada suspek pertama adalah dianggarkan bernilai RM152,700.

    “Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 21 Januari lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam kes kedua pula, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama sebuah bagasi mengandungi 8,300 gram dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM273,900 di Lapangan terbabng Miri pada 21 Januari lepas.

    Mancha berkata hasil siasatan mendapati suspek telah membawa masuk dadah dari Semenanjung ke Miri melalui laluan udara dengan upah sebanyak RM8,000. – Bernama

    Datuk Mancha Ata (tengah) menjawab soalan wartawan mengenai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada 14 Disember 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...