Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas dadah dari pesawat di lapangan terbang Ohio

    ALBANY, Ohio, 30 Mac – Pihak berkuasa berkata mereka telah merampas sejumlah ‘besar’ kokain yang disyaki dari sebuah pesawat yang tidak memiliki kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang Ohio University.

    Syerif Mukim Athens, Rodney Smith berkata pejabatnya telah menahan pesawat berpangkalan Kanada selepas itu mendarat kelmarin di Lapangan Terbang Gordon K. Bush di Albany, Ohio.

    Pejabat syerif dan polis Ohio University kedua-duanya telah dimaklumkan oleh lapangan terbang bahawa pesawat itu telah mendarat tanpa kebenaran yang wajar sekitar 2:30 petang.

    Pihak berkuasa berkata satu pemeriksaan ke atas pesawat itu mendapati ‘sejumlah kuantiti’ dadah yang para penyiasat syaki adalah kokain.

    Pihak polis berkata juruterbangnya telah memberitahu para pegawai dia sedang membuat perjalanan ke ruang udara AS apabila masalah mekanikal memaksanya untuk mendarat.

    Polis berkata dua penumpang pesawat itu telah ditahan oleh ejen dari Kastam dan Perlindungan Sempadan dan dibawa ke Columbus. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda