Thursday, May 1, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas dadah lebih RM123,000 di Miri

    KUCHING, 1 MEI – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai lebih RM123,000 dalam dua serbuan berasingan di Miri, Ahad lepas.

    Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata seorang lelaki warga asing berusia 27 ditahan dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan kira-kira jam 12.10 tengah malam.

    “Polis merampas dadah disyaki jenis serbuk ekstasi seberat 1.3 kilogram, pil ekstasi (37 gram), ketamin (10.2 gram) dan pot berisi dadah (66.9 gram) dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM25,620.

    “Ujian saringan mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini, sambil menambah jumlah dadah dirampas dianggarkan untuk bekalan 1,509 orang penagih.

    Mohd Farhan berkata, dalam serbuan kedua di sebuah rumah pada hari yang sama sekitar jam 1.25 tengah hari, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan dan polis merampas ganja seberat 3.14 kilogram bernilai RM97,340.

    “Turut disita sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dengan nilai sitaan dianggarkan RM20,000. Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 155,002 orang penagih,” katanya. – Bernama 

    Polis tahan dua lelaki, rampas dadah di Miri. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda