Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas kokain bernilai AS$232 juta

    LISBON, PORTUGAL, 18 OKT – Operasi polis antarabangsa telah merampas kokain yang bernilai 200 juta euro (AS$232 juta) dalam sebuah kapal layar di Lautan Atlantik, kata pihak berkuasa hari ini.

    Polis Portugal berkata rampasan itu adalah yang terbesar di Eropah beberapa tahun kebelakangan dan terbesar di Portugal dalam tempoh 15 tahun.

    Menurut kenyataan, polis telah memintas kapal layar sepanjang 24 meter itu di laut. Setelah menaiki kapal itu, polis menemukan 183 bandela kokain di dalamnya.

    Polis mensyaki kokain itu kepunyaan geng pengedaran dadah antarabangsa yang membawa kokain itu masuk ke Eropah menerusi semenanjung Iberia.

    Tiga lelaki telah ditahan dan dibawa ke Portugal.

    Operasi itu melibatkan polis dari Portugal, Sepanyol, Agensi Penguatkuasaan Dadah di AS dan Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda