TIRANA, 1 Mac – Polis Albania semalam telah merampas sejumlah 613 kilogram kokain yang berasal dari Colombia di Pelabuhan Durres, rampasan terbesar pernah dicatat di negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
“Polis Albania, dengan kerjasama pihak Pendakwaan Jenayah Berat dan Direktori Penyiasatan Kastam, telah merampas kokain yang dianggar bernilai AS$219 juta di pasaran gelap dalam operasi ‘Last Snow’,” kata Ketua Polis Ardi Veliu dalam satu sidang akhbar yang diadakan semalam. – Bernama