Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas lebih 300 minuman keras

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sejumlah 56 botol dan 288 tin minuman keras berjaya dirampas semasa rondaan Operasi Sepadu Task Force COVID-19 yang dijalankan kelmarin kira-kira jam 12:58 tengah hari di kawasan hutan Kampung Lumapas, Daerah Brunei Muara.

    Operasi sepadu itu dijalankan oleh gabungan keanggotaan Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan juga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Semasa rondaan pihak berkuasa berjaya menemukan beberapa kotak berwarna hitam yang mencurigakan disorok dan ditutupi dengan rumput-rumput kering dipercayai taktik penyeludup untuk membawa masuk barang tegahan ke dalam Negara Brunei Darussalam.

    Kesemua barangan tegahan dirampas dan dibawa ke Balai Polis Kampong Ayer bagi siasatan awal dan kemudiannya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    PPDB sentiasa mengingati orang awam agar sentiasa akur dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan di Negara Brunei Darussalam.

    Antara barangan tegahan yang dirampas oleh pihak berkuasa semasa operasi rondaan tersebut. – Gambar serahan PPDB
    Bungkusan-bungkusan kotak berwarna hitam yang ditemui semasa rondaaan pihak berkuasa.- Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda