Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis rampas tiga tan dadah, 1,200 ditahan

    SYDNEY, 9 SEPT – Polis Australia hari ini mengumumkan mereka menahan lebih 1,200 orang dan merampas hampir tiga tan dadah dalam operasi selama seminggu yang menyasarkan aktiviti jenayah terancang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Operasi bersama dinamakan Operasi Vitreus itu berlangsung dari 1 hingga 5 September, dengan matlamat mengurangkan bekalan dadah terlarang di seluruh Australia, menurut kenyataan pihak berkuasa persekutuan dan negeri. Polis New Zealand turut mengambil bahagian.

    Secara keseluruhan, seramai 1,246 orang dituduh dengan 2,522 kesalahan di seluruh negara.

    Polis berkata operasi itu memberi tumpuan khusus kepada 1,4-Butanediol (1,4-BD), sejenis pelarut kimia yang ‘semakin dikaitkan dengan dos berlebihan dan serangan seksual’.

    Hampir 2,000 liter bahan itu, juga dikenali sebagai bute atau fantasy telah dirampas.

    Polis New Zealand turut mencatat rampasan rekod sebanyak 1.92 liter derivatif 1,4-BD iaitu gamma-butyrolactone (GBL), menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda