Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sabah siap siaga hadapi PRN Sabah ke-17

    KOTA KINABALU, 22 OKT – Polis Kontinjen Sabah bersiap siaga sepenuhnya bagi mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang dijadual berlangsung bulan depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

    Beliau berkata seramai 8,900 pegawai dan anggota polis, termasuk 1,200 anggota dari Kontinjen Sarawak serta Bukit Aman, sudah bersedia untuk bertugas di seluruh negeri sepanjang tempoh pilihan raya itu.

    Katanya persediaan rapi turut merangkumi semua aspek, termasuk keselamatan awam, pergerakan logistik serta kerjasama antara agensi bagi memastikan perjalanan PRN berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

    “Semua keperluan logistik, pengangkutan dan penyelarasan penugasan sedang berjalan dengan baik.

    “Kita juga sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi berkaitan bagi menyelaras peranan masing-masing sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

    SPR menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN17 Sabah, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.

    Jauteh berkata perancangan turut mengambil kira operasi keselamatan dan penghantaran bahan pilihan raya ke kawasan pedalaman serta pulau bagi mengelak sebarang gangguan, termasuk faktor cuaca buruk. – Bernama

    Datuk Jauteh Dikun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs