Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sarawak pantau aktiviti pertaruhan keputusan PRN12

    KUCHING, 8 DIS – Polis Sarawak tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan kegiatan pertaruhan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang berlangsung 18 Dis ini.

    Pesuruhjaya polis negeri Datuk Aidi Ismail berkata Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diarah  untuk memantau dakwaan kaki judi bertaruh keputusan pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong.

    Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu dan kumpulan yang cuba menganjurkan aktiviti perjudian itu.

    “Saya memberikan amaran sekeras-kerasnya, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya agar tidak ada aktiviti perjudian semasa PRN Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas sesi demonstrasi Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) Bersama Unit Meriam Air Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di Dataran Kawad PGA Batu Kawa di sini, hari ini.

    Aidi berkata demikian ketika me-ngulas dakwaan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi DUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau menerima maklumat wujudnya aktiviti pertaruhan keputusan pilihan raya di kawasan ditandinginya. – Bernama

    Deretan bendera parti bertanding mula memenuhi kawasan sekitar bandar Sibu beberapa hari selepas hari penamaan calon menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan berlangsung pada 18 Disember. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda