Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sarawak rampas 34kg dadah

    KUCHING, 10 SEPT – Polis Sarawak berjaya merampas dadah pelbagai jenis seberat 34 kilogram (kg) bernilai RM1.14 juta dalam dua serbuan berasingan di Sibu dan Bintulu minggu lepas.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata dalam serbuan pada 3 September lepas di sebuah rumah di Jalan Lilin, Sibu, pihaknya merampas dadah bernilai kira-kira RM480,000 serta menyita harta milik suspek bernilai lebih RM380,000.

    “Hasil risikan membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan rampasan 100 biji pil dipercayai ekstasi seberat 0.219kg. Turut ditahan seorang wanita berusia 33 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata hasil maklumat lanjut, polis kemudiannya menyerbu sebuah lagi rumah di Lorong Ulu Sungai Merah, Sibu dan merampas dadah disyaki methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 14.373kg, Erimin 5 (0.126kg) serta ketamin (0.149kg).

    “Tidak lama selepas itu, seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 27 tahun yang menaiki motosikal di kawasan sama ditahan dengan rampasan syabu seberat 2.168kg. – Bernama

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda