Thursday, November 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM300,000

    KUCHING, 13 NOV – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM332,800 dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Matang di sini pada Isnin lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata semasa serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine turut ditahan.

    “Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 52,000 orang penagih dan turut dirampas sebuah motosikal jenis Kawasaki Z900 dianggarkan bernilai RM50,000. 

    “Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mancha berkata suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda