Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM600 di Sibu

    SIBU, 4 DIS – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata dadah yang dirampas di sebuah pangsapuri di Lorong Sena di sini itu boleh digunakan oleh 50,423 orang atau 50,423 kali penggunaan.

    “Dadah yang dirampas itu terdiri daripada syabu, ketamin, erimin 5, serbuk jus ekstasi, pil ekstasi dan magic mushroom (psilosibin),” katanya pada sidang media di IPD Sibu hari ini.

    Beliau berkata pengedaran dadah tersebut didalangi sindiket bergiat aktif di sekitar Sibu, Kuching, Bintulu dan Miri dan mendapat bekalan dari pengedar di Semenanjung Malaysia yang dihantar melalui perkhidmatan kurier.

    Mohamad Azman berkata suspek berusia 29 tahun yang ditangkap di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Bunga Raya tersebut juga merupakan orang tempatan dan telah direman hingga 7 Disember ini untuk siasatan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...