Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis semak kemungkinan larangan perjalanan terhadap Presiden Yoon

    SEOUL, 9 DIS – Polis Korea Selatan hari ini memaklumkan pihaknya sedang menilai kemungkinan untuk mengenakan larangan perjalanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol bagi menyiasatnya berhubung tuduhan pengkhianatan dan kesalahan lain berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera minggu lalu, lapor agensi berita Yonhap.

    “Memastikan bahan bukti yang diperlukan adalah keutamaan kami. Kami membuat keputusan berdasarkan penilaian menyeluruh, termasuk kemungkinan beliau akan meninggalkan negara,” kata seorang pegawai polis ketika ditanya mengapa Yoon belum dikenakan larangan perjalanan.

    Apabila ditanya mengenai kemungkinan penahanan Yoon tanpa waran, pegawai itu berkata ia mungkin dilakukan jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

    Polis juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Yoon bagi disoal siasat.

    “Tidak ada sekatan terhadap subjek yang sedang disiasat,” kata Woo Jong Soo, Ketua Pejabat Penyiasatan Nasional di Agensi Polis Nasional, semasa sesi taklimat.

    Polis menubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada kira-kira 150 penyiasat untuk menangani kes ini. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda