MADRID, 4 JAN – Polis Sepanyol hari ini berkata mereka telah membuka siasatan terhadap keracunan hampir 50 kucing jalanan yang boleh menyebabkan pelaku dikenakan hukuman penjara beberapa tahun di bawah undang-undang kebajikan haiwan yang baharu.
Insiden itu berlaku di kampung La Carlota di luar bandar selatan Cordoba, dengan penduduk tempatan menemui kira-kira 10 bangkai kucing pada 31 Disember di tempat pembuangan sampah tempatan di mana koloni tersebut berada.
Mereka memaklumkan parti hak asasi haiwan (PACMA) yang pada Selasa memfailkan aduan kepada polis Guardia Civil mengenai ‘keracunan besar-besaran koloni 47 ekor kucing’. – AFP