Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sepanyol rampas barang kemas purba bernilai AS$64 juta

    MADRID, 23 OKT – Polis Sepanyol hari ini berkata mereka telah merampas 11 keping barang kemas emas purba yang dibawa keluar dari Ukraine secara haram pada 2016.

    Satu kenyataan polis berkata, lima orang yang cuba menjual kepingan itu di Sepanyol telah ditangkap dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Mereka yang ditangkap termasuk dua warga Ukraine, seorang daripada mereka paderi Gereja Ortodoks dan tiga warga Sepanyol.

    Barang kemas itu dikatakan bernilai AS$64 juta dan bertarikh antara abad kelapan dan keempat sebelum Masihi.

    Polis berkata barang-barang itu adalah sebahagian daripada warisan negara Ukraine.

    Barangan itu hilang selepas dipamerkan antara 2009 dan 2013 di sebuah muzium di Kyiv, ibu negara Ukraine. Kepingan itu termasuk tali pinggang, anting-anting dan rantai.

    Tali pinggang emas berhias telah dirampas pada 2021 dan selebihnya dalam beberapa minggu kebelakangan. Polis berkata siasatan diteruskan.

    Kepingan-kepingan itu sedang dikaji oleh Muzium Arkeologi Negara Sepanyol dan Institut Warisan Budaya negara itu.

    Anggota Kementerian Dalam Negeri di Albania, Bulgaria, Cyprus, North Macedonia dan Ukraine telah membantu dalam siasatan itu, kata pihak polis. – AP

    Kepingan barang kemas emas purba dipamerkan selepas ditemui kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda