Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sepanyol rampas ratusan ukiran gading gajah

    MADRID, 5 OGOS – Polis Sepanyol berkata kelmarin mereka telah merampas ratusan ukiran yang diperbuat daripada gading gajah Afrika dan Asia yang terancam sebagai sebahagian daripada operasi siasatan terhadap penyeludupan dan jenayah alam sekitar.

    Pegawai Guardia Civil telah merampas 126 ukiran gading pelbagai saiz, kebanyakannya memaparkan gading yang direka bentuk gaya Asia, daripada sebuah syarikat perdagangan di wilayah timur Valencia, kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

    Mereka turut merampas gading sepanjang 1.77 meter dan mempunyai berat 22 kilogram yang dipercayai muncul sejak abad ke-19.

    Pihak berkuasa berkata barang-barang berkenaan tidak mempunyai dokumentasi yang betul.

    Analisis mengesahkan gading itu berasal daripada gajah Afrika dan Asia, yang kedua-duanya dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

    Seorang wanita telah ditahan dan empat lagi individu sedang disoal siasat. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda