MADRID, 1 Jan – Polis Sepanyol telah menemui dua penghijrah Afrika yang bersembunyi di dalam tilam, dalam cubaan untuk memasuki enklaf Melilla.
Rakaman video yang diambil menggunakan telefon bimbit telah menjadi tular. Ia menunjukkan ejen Pengawal Am Sepanyol mengambil tilam di atas van dan mengguntingnya sehingga mendedahkan dua remaja lelaki di dalamnya.
Pengawal Am memberitahu agensi berita AP bahawa insiden itu berlaku pada Ahad di sempadan penyeberangan dari Maghribi ke Melilla, salah satu dari dua bandar-bandar Sepanyol di pantai utara Afrika.
Dua penghijrah, berasal dari sub-Sahara memberitahu polis yang mereka membayar 4,500 euro seorang dalam percubaan menyeberangi sempadan.
Pengawal Am berkata pemandu van melarikan diri apabila ejen berhasrat untuk memeriksa kargonya. – AP