COPENHAGEN, 30 JUN – Polis Denmark hari ini, telah menyerbu hotel penginapan pasukan Bahrain atas tuduhan doping, sebelum pertandingan Jelajah de France yang dijadualkan berlangsung di Denmark.
Pasukan tersebut mengumumkan bahawa serbuan tersebut terjadi hanya beberapa hari selepas operasi serbuan dijalankan di Perancis dan setahun selepas hotel penginapan mereka diserbu semasa Jelajah 2021.
“Pegawai yang bertugas membuat pemeriksaan pada kenderaan pasukan, bilik kakitangan dan atlet,” kata pasukan Bahrain.
Sementara itu, polis melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai barang yang disyaki dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan selama dua jam tersebut.
“Pasukan Bahrain pada masa ini berhasrat untuk menumpukan pada perlumbaan basikal terbesar di dunia, Jelajah de France,” menurut pihak pasukan berkenaan.
Selain daripada itu, tiada dakwaan kes doping dikenakan terhadap pasukan berkenaan berikutan operasi pemeriksaan dan rampasan barang tegahan semasa Jelajah 2021. – AFP
