Polis serbu rumah perjudian di Jerman

BERLIN, 16 OGOS – Ratusan pegawai polis menggeledah bar shisha, kedai teh dan rumah perjudian haram di seluruh rantau barat Jerman awal hari ini.

Pegawai merampas wang tunai bernilai 34,000 euro, 19 mesin perjudian dan tiga kilogram tembakau shisha, lapor agensi berita Jerman dpa. Sebelas kedai ditutup disebabkan melanggar perintah koronavirus.

Tidak ada sesiapa yang ditahan, tetapi serbuan juga berkaitan dengan penggubahan wang dan aktiviti mengelak membayar cukai.

Menteri North Rhine-Westphalia, di mana kebanyakan serbuan dilakukan, berkata tindakan polis merupakan isyarat penting yang menunjukkan negeri itu sedang melaksanakan strategi toleransi sifar terhadap jenayah seumpama ini. – AP