Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis siasat kes kebakaran pondok bayaran parkir

    KUCHING, 31 Jan – Kebakaran beberapa pondok bayaran parkir kenderaan di sekitar bandar raya ini sejak kebelakangan ini dipercayai akibat perbuatan khianat.

    Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu kelakuan khianat dengan api atau bahan letupan.

    Menurut Abang Ahmad, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada waktu malam ketika tiada pemantauan ke atas pondok tersebut.

    “Kesemua pondok dirosakkan dengan dilemparkan mercun dan bahan letupan menyebabkan cermin pondok pecah dan dua daripada pondok tersebut telah terbakar,” katanya kepada Bernama.

    Menurut Abang Ahmad, sebanyak 17 pondok seumpamanya dilaporkan telah dirosakkan atau hangus.

    Pondok yang terlibat ialah di Stutong, Jalan Ban Hock, Lorong Abdul Rahim, Padungan, King Centre, berhampiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang terbakar, RH Plaza, Taman Hui Sing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda