UTHAI SAWAN, THAILAND, 9 OKT – Polis Thailand sedang menyiasat sebuah laporan yang kru CNN telah memasuki pusat penjagaan kanak-kanak tanpa kebenaran sambil membuat penggambaran selepas kejadian pembunuhan di bangunan yang meragut lebih 20 orang, menurut pihak berkuasa hari ini.
Danaichok Boonsom, ketua pentadbiran bandar tempatan, memberitahu pemberita bahawa dia telah mengemukakan dakwaannya mengenai memasuki tanpa kebenaran ke kawasan harta benda kerajaan dan polis menyiasat perkara itu.
“Biarkan proses undang-undang berjalan. Saya tidak mahu mendedahkan kesemua maklumat,” katanya selepas meninggalkan balai polis daerah Na Klang di timur laut Thailand. “Biar polis menjalankan siasatan.”
Pihak berkuasa mula menyiasat kejadian selepas seorang wartawan Thailand memuat naik gambar dua daripada kru meninggalkan tempat kejadian dalam media sosial, dengan seorang memanjat pagar sekitar kawasan kejadian, dan seorang lagi sudah menunggu di luar.
“Mereka mengumpulkan rakaman di dalam pusat tersebut selama kira-kira 15 minit dan kemudian meninggalkan tempat itu,” menurut kenyataan CNN melalui Twitter. “Pada ketika itu, pita polis telah dipasang, jadi mereka perlu memanjat pagar di pusat itu untuk meninggalkan kawasan itu.”
Hantaran di Twitter muncul sebagai respons kepada kritikan wartawan luar Thailand, yang berkata ia ‘terkejut’ dengan liputan CNN dan keputusan untuk merakam tempat kejadian. – AFP
