BERLIN, 25 OGOS – Polis Jerman menjalankan siasatan hari ini ke atas pembunuhan bekas komando pasukan khas Georgia dan veteran perang Chechnya di taman Berlin.
Polis telah menangkap suspek berusia 49 tahun dari republik Chechnya Rusia berhubung penembakan pada Jumaat di taman Kleiner Tiergarten.
Mangsa dikenal pasti sebagai Zelimkhan Khangoshvili berusia 40 tahun oleh Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Pendidikan dan Pemantau Georgia (EMC), menurut pendakwa Jerman. Pembunuh mendekati Khangoshvili dari belakang ketika dia dalam perjalanannya ke sebuah masjid, menembaknya dua kali dan lari menggunakan basikal dalam apa yang seorang saksi menggambarkan pembunuhan stail ‘pembunuhan arahan’.
“Khangoshvili meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ambulans tiba,” kata EMC dalam satu kenyataan.
Polis penyelam kemudian menemui senjata Glock, rambut palsu dan basikal dari sungai berhampiran Spree. – AFP