Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Singapura beri amaran kes pemandu mabuk meningkat

    SINGAPURA, 24 DIS – Polis Singapura menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014, lapor Xinhua.

    Dalam tempoh 10 bulan pertama 2024, sebanyak 142 kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilaporkan termasuk 10 kemalangan maut, menurut kenyataan pihak polis.

    Sebagai tindak balas, pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran di seluruh negara selama dua hari, bermula Jumaat hingga Sabtu bagi menangani kesalahan ini.

    Pada Sabtu lalu, polis melaksanakan sekatan jalan raya di Central Expressway, yang menyaksikan 12 pemandu ditahan.

    Daripada jumlah itu, 11 orang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi ditahan kerana memandu tanpa lesen sah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda