Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Singapura dibenarkan rampas akaun bank

    SINGAPURA, 1 JULAI – Polis Singapura kini dibenarkan untuk merampas akaun bank seseorang sekiranya terdapat bukti individu berkenaan sedang menjadi mangsa penipuan, menurut undang-undang baharu yang berkuat kuasa hari ini.

    Undang-undang tersebut, yang diluluskan Januari lalu, membolehkan pihak berkuasa menyekat urus niaga bank sekiranya terdapat bukti kukuh bahawa pemilik akaun bakal memindahkan wang kepada penipu, walaupun secara sukarela.

    Sebelum ini, pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mangsa penipuan daripada memindahkan wang meskipun mereka sudah jelas sedang diperdaya.

    Sekatan itu membolehkan akaun bank individu berkenaan, akses ATM dan kemudahan kredit digantung sementara, namun mereka masih dibenarkan mengeluarkan wang bagi perbelanjaan harian.

    “Undang-undang ini membolehkan pihak polis melindungi mangsa penipuan yang berlaku berterusan dengan lebih berkesan,” menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri dalam satu kenyataan, kelmarin. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda