Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Singapura tahan lelaki tempatan serang paderi

    SINGAPURA, 9 FEB – Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyerang seorang paderi di Gereja Holy Spirit, Upper Thomson Road hari ini.

    Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun merupakan jemaah tetap gereja dan didakwa menyerang paderi selepas upacara gereja. Polis menerima panggilan kecemasan pada 10:35 pagi.

    “Lelaki itu segera ditahan oleh petugas keselamatan gereja. Tiada senjata ditemui padanya, dan dia kemudian diserahkan kepada anggota polis yang bertindak balas di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

    Suspek kini disiasat atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

    Polis juga akan merujuknya ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan lanjut.

    “Kami ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan,” kata pihak polis.

    Sementara itu, Keuskupan Agung Katolik Roma Singapura memaklumkan bahawa paderi itu telah menerima rawatan dan hanya mengalami sedikit bengkak di wajahnya.

    “Kami meminta semua pihak agar bertenang, mengelakkan spekulasi dan mendoakan kesejahteraan paderi serta individu yang terlibat dalam kejadian ini,” menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Archbishop. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja