COLOMBO, 22 SEPT – Polis Sri Lanka merampas sebuah lori yang membawa kira-kira 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu (ICE) dan heroin, menurut jurucakap polis hari ini.
Kenderaan itu disita di Tangallem, wilayah selatan Sri Lanka, dengan dadah berkenaan disembunyikan dalam muatan tembikai, kata jurucakap polis F.U. Wootler kepada media.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa telah menemukan sejumlah besar dadah dan bahan mentah yang digunakan untuk penghasilannya, di wilayah itu.
Dalam kejadian berasingan di Tangallem hari ini, polis merampas lebih 10 kg bahan yang disyaki syabu daripada sebuah lori yang berada berhampiran sebuah rumah.
Minggu lepas, polis mengumumkan mereka telah merampas hampir satu tan heroin dan 13 tan ganja sepanjang serbuan yang dijalankan setakat tahun ini. – Bernama


