Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sri Lanka sasar 42,248 suspek dadah

    COLOMBO, 14 JAN – Polis Sri Lanka berkata hari ini mereka akan meningkatkan lebih daripada dua kali ganda bilangan suspek yang ditahan dalam usaha menangani dadah yang masih berterusan yang dikutuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan puluhan ribu sudah ditahan.

    Sekurang-kurangnya 30,000 orang telah ditangkap sejak operasi polis – dengan nama kod ‘Yuktiya’ atau ‘Keadilan’ – bermula pada Disember, tindakan keras yang dikecam oleh aktivis hak asasi manusia.

    Polis hari ini berkata mereka telah melancarkan fasa baharu untuk menahan 42,248 lagi suspek.

    “Semua balai polis mesti bekerja 24 jam sehari selama sebulan berikutnya untuk menangkap 42,248 suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan,” kata polis dalam satu kenyataan.

    Ia berlaku dua hari selepas agensi hak asasi manusia PBB mengkritik tindakan keras polis berhubung dakwaan penggeledahan tanpa kebenaran, penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya, layanan buruk, pemeriksaan awam dan penyeksaan.

    Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia, menggesa kerajaan Sri Lanka untuk mengkaji semula operasi dan melaksanakan pendekatan berasaskan hak untuk memerangi dadah terlarang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda