Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sri Lanka tingkat langkah keselamatan lindungi pelancong

    COLOMBO, 23 OKT – Polis Sri Lanka mengumumkan hari ini mereka sedang mengambil langkah proaktif tambahan untuk melindungi pelancong dan rakyat daripada sebarang bentuk ancaman, selepas kedutaan Amerika Syarikat mendedahkan maklumat mengenai kemungkinan serangan di Arugam Bay, sebuah destinasi pelancongan popular di pantai timur Sri Lanka, lapor Xinhua.

    Polis juga memperkenalkan talian khusus ‘1997’ untuk melaporkan sebarang isu keselamatan yang dihadapi pelancong.

    Dalam satu kenyataan, polis menjelaskan jumlah pelancong yang ramai dijangka melawat Sri Lanka dalam beberapa bulan akan datang, menurut anggaran kerajaan, dan memberi jaminan kerajaan Sri Lanka mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan keselamatan dan kebebasan semua pelancong.

    Mengambil kira konflik yang berterusan di Timur Tengah dan Eropah Timur, polis akan melancarkan program keselamatan khas dengan kerjasama perkhidmatan perisikan untuk memastikan keselamatan pengunjung.

    Polis Pelancong Sri Lanka akan diperkukuhkan lagi, dengan Pemangku Ketua Polis Sri Lanka, Priyantha Weerasooriya, mengeluarkan arahan kepada semua balai polis untuk mengutamakan keselamatan pelancong, menurut polis.

    Pelancongan adalah antara sumber utama pendapatan asing Sri Lanka.

    Negara itu menyasarkan untuk menarik 2.3 juta pelancong tahun ini dan tiga juta pada 2025. –Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda