Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan 27 pengedar belut seludup

    PARIS, 14 MEI – Polis menahan 27 pengedar belut dan merampas 254 kilogram (kg) belut seludup dalam siasatan antarabangsa digelar ‘Lake’ yang bermula hampir dua tahun lalu, menurut pihak berkuasa Perancis dalam satu kenyataan pada Jumaat.

    Siasatan mendapati empat tan belut dieksport secara haram antara 2021 dan 2023 dengan keuntungan dianggarkan hampir 1,186,000 euro, menurut kenyataan itu.

    Belut Eropah diklasifikasikan sebagai ‘terancam secara kritikal’ oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan penangkapannya dikawal dan tertakluk kepada kuota ketat.

    Belut sangat popular di beberapa negara Asia dan ia boleh diniagakan pada harga lebih 5,000 euro sekilogram, menurut kenyataan itu.

    Siasatan membabitkan kerjasama antara Perancis, Sepanyol, Europol, Eurojust dan Pejabat Anti-Penipuan Eropah, menemui saluran eksport haram ke Asia yang digunakan oleh rangkaian jenayah terancang yang aktif di pelbagai negara Eropah.

    Polis membuat tangkapan di seluruh Perancis, Sepanyol, Poland dan Belgium dan turut merampas wang tunai berjumlah 200,000 euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda